Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: SINDIKET DADAH ANTARABANGSA GUNA LAPANGAN TERBANG ALTERNATIF ELAK DIKESAN


Shah Alam, 11 Ogos 2026 – Kawalan keselamatan yang semakin diperketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mendorong sindiket dadah antarabangsa mencari laluan alternatif, termasuk menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menyeludup dadah ke pasaran Eropah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, perkara itu antara yang dikenal pasti menerusi Op Lejogaster yang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 270 kilogram (kg) bunga Ganja bernilai RM21.62 juta ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata operasi yang dilancarkan dari 12 Julai hingga 3 Ogos lepas hasil risikan dan pemantauan berterusan JSJN Bukit Aman itu turut menyaksikan penahanan sembilan suspek, termasuk lapan lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan, berumur antara 22 hingga 51 tahun.

“Apabila KLIA menjadi ‘panas’, mereka mungkin menggunakan lapangan terbang lain. Sindiket ini sentiasa mencari ruang dan akan menggunakan semua ruang yang ada, sama ada melalui jalan darat, laut mahupun udara,” katanya pada sidang media tentang kejayaan JSJN menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS