Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prasarana Malaysia Berhad yang diketuai oleh Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dr. Prodyut Dutt di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Kunjungan tersebut bagi membincangkan kerjasama strategik antara PDRM dan Prasarana Malaysia Berhad dalam aspek keselamatan termasuk isu kecurian kabel, risiko dan ancaman keselamatan serta penyelarasan siasatan jenayah komersil.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak