Menu

HARI POLIS KE-219: PEGAWAI AWAM PDRM PEMANGKIN KECEKAPAN DAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan peranan penting Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penggerak utama yang menyokong kelancaran pentadbiran dan pengoperasian Pasukan.

Perkara itu disampaikan ketika beliau berucap pada Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-18 Sempena Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. Perhimpunan tersebut telah menghimpunkan seramai 150 pegawai awam sekitar Lembah Klang termasuk perwakilan kesatuan daripada Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid turut menekankan keperluan pegawai awam meningkatkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan dalam melaksanakan tugas, selaras dengan usaha transformasi perkhidmatan awam serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berorientasikan hasil.

Seiring perkembangan teknologi, beliau turut menggalakkan pegawai awam menambah ilmu dan kemahiran serta menyesuaikan diri dengan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pemudah cara bagi meningkatkan kecekapan tugasan.

Dalam majlis yang berlangsung juga, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berbesar hati menyampaikan Surat Penghargaan kepada 45 pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), Encik Anuar Mamat, barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua Polis Negeri serta Pesuruhjaya Polis.

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti parapegawai awam PDRM, satu majlis makan malam akan turut diadakan di dewan yang sama, di samping menjadi ruang untuk mempererat silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan mengukuhkan hubungan dalam kalangan barisan kepimpinan Pasukan.

Jurugambar: Koperal Sazril Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Sabri.

May be an image of crowd

May be an image of dais and text that says 'KHALID PER PASA AWA A PULAPOL H'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'UNAN PDRMK NEGAI HB 215 18 2 KE-219 TAh お梅 SHIM, PUSAT LATIHAN UMPUR জলা P DRI'

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎I u KE KE-18 18 RA HUN HUN 2026 ቅን 月た الهن AN POLIS KUALA LUMI له 金道 燕 RM‎'‎‎



















PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS