Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ENAM PENDATANG DITAHAN, "TRANSPORTER" TURUT KENA TANGKAP


Kota Tinggi, 17 Ogos 2026 - Tujuh lelaki warga Indonesia termasuk seorang dipercayai bertindak sebagai "transporter" ditahan dalam operasi membanteras kegiatan penyeludupan migran di tepi jalan berhampiran tapak perkhemahan Tanjung Punggai, Bayu Damai, Pengerang di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Hj. Othman berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi kira-kira jam 11.00 malam selepas menerima maklumat berhubung kegiatan berkenaan.

“Polis berjaya menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang dipercayai hendak diseludup pulang ke negara jiran melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah untuk tinggal di negara ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of musical instrument and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS