Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KUATNYA MENTALITI ‘PEMBURU’ JUARA, SOKONGAN ISTERI PENGUAT SEMANGAT

Lebih 17 kali merangkul kejuaraan dalam kejohanan bina badan di dalam dan luar negara tidak menjadikan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, 34 tahun, berasa selesa dengan pencapaiannya, sebaliknya terus memburu kejayaan dengan mengekalkan disiplin, konsistensi dan mentaliti seorang juara.

Menurut Konstabel Zmarul Al Adam, dunia bina badan sudah sebati dalam dirinya sejak mula berjinak-jinak dengan aktiviti kecergasan pada 2011 sebelum ditawarkan menyertai pasukan bina badan PDRM pada 2013, selain terus berkongsi ilmu dengan melatih pelapis baharu yang berminat dalam sukan berkenaan.

Beliau turut mengakui perjalanan dalam sukan bina badan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perbelanjaan besar serta komitmen tinggi, namun sokongan isteri dan keluarga menjadi antara penguat semangat untuk terus bertahan, malah pernah sanggup menawarkan untuk menggadaikan barangan kemas bagi membantu membiayai penglibatannya dalam sukan tersebut.

Beliau yang pernah merangkul gelaran Mr. Malaysia pada edisi 2017, 2018 dan 2019 turut menegaskan bahawa kejayaan bukan alasan untuk berasa diri sudah hebat, sebaliknya kegagalan perlu dijadikan pengajaran untuk terus memperbaiki diri, mengekalkan disiplin, menjaga pemakanan dan berlatih seolah-olah bakal menghadapi pertandingan besar pada keesokan hari.

Ikuti kupasan lanjut oleh wartawan Harian Metro, Encik Redzuan Muharam mengenai perjalanan, pengorbanan dan mentaliti juara atlet PDRM, Konstabel Zmarul Al Adam seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro.

May be an illustration of bodybuilding and text that says 'WM WASITNEVASSULIN KAKEИT) SOKONGAN ISTERI PENGUAT SEMANGAT Akui pengorbanan isteri kuatkan tekad erus berusaha kerana sukanir belanjab besar บภเ makanan tambahan selain onsisten disiplnd Sebalknua, sentiasa bersyukur, kekalkan KUATNYA MENTALITI 'PEMBURU' JUARA Barpun Zmarul dam sudah pelbagai ejuaraan tetapi ertekad aktif naambidangdimratiitu bidang pemakananselain pertandngan ពញិកដ sebenarnya mentalitiseorang Zoneanl.adaw.nHrangktal ZMARUL ADAM mnAenaиKиae D 3PHT CHA1 IYS 10 SPOR SHIP 5-11N A r 20 2T ROVI LAKATTIN UG REF PANTUNHARIIN Anakitk pandai menari, Anak angsate erlompat lompat, Rupa pcaM dapat tdcari, Buci cibahasamananak dapat. alexercbekt.nsdsiatl4rne knkkeelihunsampao6'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS