Menu

VIDEO PILIHAN: SEMARAK PATRIOTISME, JIWA MERDEKA


Jom ikuti ucapan daripada Unit Kawalan Lalu Lintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Koperal Muhammad Qusyairi Abdul Wahab sempena Bulan Kebangsaan 2026.

Semangat patriotisme bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan, tetapi turut diterjemahkan melalui sikap bertanggungjawab dalam mematuhi undang-undang serta menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Justeru, marilah kita mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas dan sentiasa mengutamakan keselamatan demi mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan harmoni. Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab setiap pengguna.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾❤️

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS