Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026 – Penggunaan "beacon" atau suar tidak memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau keselamatan pengguna jalan raya lain.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penggunaan lampu amaran khas pada sesebuah kenderaan adalah tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.
"Kebenaran menggunakan lampu suar atau siren tidak dengan sendirinya memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan.
"Penggunaan lampu amaran itu juga tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau lokasi nahas yang meragut nyawa tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
KOSMO seperti di lampiran.