Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA MPV BALAI POLIS BESTARI JAYA BANTU ORANG AWAM KEHABISAN MINYAK KERETA


Koperal Ahmad Ashraf Joseph dan Lans Koperal Mohammad Syakir Amir Mohd Lokman dari Unit Kereta Peronda (MPV), Balai Polis Bestari Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, tampil membantu seorang pemilik kenderaan yang kehabisan minyak kereta di Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur, semalam.

Keikhlasan mereka membantu masyarakat yang berdepan kesulitan mencerminkan komitmen warga Polis Diraja Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam apa jua situasi.

Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan asas sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang perjalanan.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS