Menu

[ARTIKEL PILIHAN] LETUPAN SELATAN THAILAND: PDRM BANTU THAILAND KESAN ELEMEN BERKAITAN BRN - KPN

Pasir Mas, 26 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima permintaan daripada polis dan tentera Thailand bagi membantu mengesan pergerakan individu atau ejen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) susulan beberapa kejadian letupan di tiga wilayah selatan Thailand, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, PDRM akan menjalankan siasatan, mendapatkan maklumat lanjut dan membantu pihak berkuasa Thailand menyelesaikan isu berkenaan.

“Setakat ini kita ada dapat permintaan daripada pihak polis dan tentera Thailand untuk mencari atau membantu sebarang pergerakan ejen ataupun mereka yang berkaitan dengan BRN dan sebagainya.

“Jadi kita akan menjalankan siasatan dan cuba mendapatkan maklumat lanjut serta membantu pihak Thailand dalam menyelesaikan isu tersebut,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di pangkalan haram Lubok Gong, di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS