Kuala Lumpur, 28 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh presidennya, Encik Anuar Mamat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan menyampaikan hala tuju dan peranan PACSU, di samping berkongsi pandangan berkaitan perkembangan serta kepentingan warga awam PDRM. Ia turut menyentuh perkara berkaitan Pegawai Awam
Polis Sarawak dan Kesatuan Kakitangan Tadbir dan Awam
Polis Sabah yang dilihat dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pihak kesatuan dengan pengurusan PDRM.
Hadir sama, Pengarah
Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Ahmad Norhairy Ahmad Dahari.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery