Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 – Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN), Komunikasi Korporat (KK) telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Jaring bersama Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) di Sportizza Futsal Setapak, malam tadi.
Perlawanan berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan, selain menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga USKPN (KK) dan pengamal media.
Program itu turut bertepatan dengan semangat Bulan Kebangsaan serta menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan antara Polis Diraja Malaysia dengan rakan media.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang