Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 28 Ogos 2026 (Jumaat).
Sebanyak 1,971 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 184 kes kemalangan dan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM