Putrajaya, 30 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, petang tadi.
Dalam amanatnya, Dato’ Seri Anwar membawa mesej perpaduan, kesejahteraan dan semangat patriotisme dalam membina Malaysia yang lebih maju dan harmoni.
Beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil perjuangan generasi terdahulu, termasuk pasukan keselamatan yang berperanan dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Justeru, rakyat diseru agar bersama-sama memelihara keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara demi kesejahteraan bersama.
Dato’ Seri Anwar turut mengumumkan beberapa ikhtiar kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya dalam menangani kos sara hidup.
Turut hadir, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, ketua-ketua jabatan kerajaan, Pemangku Timbalan KPN merangkap Pengarah Cawangan Khas, Dato’ Sri Ibrahim Darus dan para pegawai kanan polis.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri