Kota Kinabalu, 2 September 2026 - Polis menahan lapan individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah membabitkan rampasan bernilai lebih RM6 juta.
Suspek terbabit ditahan dalam tiga operasi sepanjang dua minggu lalu di Kudat, Papar dan Penampang membabitkan rampasan 44.3 kilogram (kg) bunga Ganja, 5.6 kg Ganja dan 51.6 kg Syabu.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, dalam operasi pada 20 Ogos lalu, polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 44.3 kg bunga Ganja 5.6 kg Ganja bernilai RM3.56 juta di Kudat.
Katanya rampasan bunga Ganja berkenaan adalah yang pertama direkodkan di Sabah.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.