Menu

WARGA PDRM SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 4 September 2026 – Warga kerja Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menyemarakkan Program Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman, di sini.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Aida Abdul Hamid serta Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.

Program anjuran Masjid Bukit Aman itu diadakan bagi memperkukuh penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW dalam kalangan warga PDRM.

Ia turut menjadi wadah untuk menyemai nilai akhlak dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam pelaksanaan amanah serta tanggungjawab sebagai anggota pasukan keselamatan negara.

Ceramah perdana berkaitan penghayatan sirah dan sunnah Rasulullah SAW telah disampaikan oleh Ustaz Iman Muda Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin yang merupakan Imam 1 Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah PDRM serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, ambulance and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, headscarf, dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS