Kuala Lumpur, 8 September 2026 - Polis Diraja Malaysia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kejadian Helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Marudi, Sarawak, petang ini.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata status berhubung semua penumpang termasuk juruterbang masih dalam siasatan.
"Maklumat lanjut berhubung status mangsa masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Datuk Mohamad Zainal berkata, pihaknya juga akan menggunakan perkhidmatan udara ke lokasi sekiranya dibenarkan oleh Pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Perkhidmatan udara berkenaan dari Pengkalan Udara Kuching dan perlu mendapatkan kebenaran CAAM memandangkan cuaca berjerebu," katanya.