Sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meluangkan masa menyantuni 38 murid dan empat guru pengiring dari Sekolah Tadika Amazing Seed, Bandar Putri Bangi, Selangor sempena program lawatan sambil belajar.
Selain mendengar penerangan mengenai peranan polis trafik dan kepentingan keselamatan jalan raya, murid-murid turut berpeluang melihat aset motosikal Pasukan dengan lebih dekat.