Menu

POSTING PILIHAN: 79 AKSES DIGITAL KDN UNTUK RAKYAT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan sebanyak 79 akses digital merentas 11 entiti bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan efisien, sekali gus menjimatkan masa serta memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 8 akses digital disediakan untuk kegunaan orang awam, antaranya Semakan Status Saman Trafik, Volunteer Smartphone Patrol (VSP), MyBayar Saman, e-Reporting, Semakan Status Laporan Polis, e-Pengambilan PDRM dan Semak Mule. Kemudahan ini membolehkan rakyat mendapatkan maklumat serta melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan PDRM secara dalam talian.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS