Menu

[ARTIKEL PILIHAN] HARI MALAYSIA 2026: TRAGEDI BUKIT JENALIK PERINGATAN BERHARGA SEBUAH KEAMANAN

 
Ipoh, 17 September 2026 - Keamanan dan kedaulatan dinikmati Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan tidak ternilai perajurit negara yang sentiasa berdiri teguh mempertahankan tanah air.

Mengimbau tragedi Bukit Jenalik di Kuala Kangsar pada 2 Julai 2000, bekas anggota Pasukan 69 Komando, Sarjan Mejar Zol'aini Sabar, 68 tahun, berkata mempertahankan kedaulatan negara juga menuntut seluruh rakyat Malaysia bersatu padu dan menghargai erti pengorbanan dan keamanan.

Insiden hitam berkenaan menyaksikan kumpulan pengganas Al-Maunah yang melarikan sejumlah senjata api dan peluru dari Kem Rejimen Askar Wataniah di Gerik sebelum berkubu di Bukit Jenalik dengan niat menggulingkan kerajaan, sekali gus mencetuskan operasi khas dinamakan Op Subuh.

Sarjan Mejar Zol'aini, antara 20 anggota Pasukan Komando 69 digerakkan dalam operasi khas itu berkata insiden berkenaan menjadi peringatan jelas betapa ancaman terhadap keselamatan negara boleh muncul dari dalam sekiranya patriotisme dan penyatuan rakyat rapuh.

"Rakyat hari ini mungkin tidak dapat membayangkan detik cemas pernah kita lalui. Sebab itu, bersempena Hari Malaysia, jangan sekali-kali kita mengambil mudah keamanan yang ada. Hargailah tanah air ini dan jangan lakukan perkara yang boleh menggugat keselamatan serta keharmonian yang kita nikmati bersama," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Tragedi Bukit Jenalik peringatan berharga sebuah keamanan Veteran Komando 69 kongsi pengalaman Op Subuh, gesa rakyat bersatu pertahan kedaulatan negara serta keharmonian yang kita bersama,' , Tahan hidup-hidup Ipoh: Keamanan dan kedaula- hasil Bukit Jenalik dengan ternilai ra yang teguh mempertahankan Datuk Abdul Subuh. Mengimbau antuk tragedi Bukit pada mando khas Zol'aini NOVALLO kebun getah sekira- dan penyatuan ertip malah cemas menunjukkan niah Askar Gerik sebelum berkubu dalam operasi Mathew Medan. menegaskan mengajar Hargailah lakukan peKuru menggugat keselamatan penga Khas Malaysia Malaysia serta keamanan. Hari empat kekuatan hanya Truper mengawal KEAHA, toleransi dan keutamaan bahawa negara pisan masyarakat, BERNAMA'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS