Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 21 September 2026 (Isnin).
Sebanyak 1,798 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 411 kes kemalangan dan penurunan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM