Sindiket dadah lazimnya membina kepercayaan dan mencari titik kelemahan seseorang sebelum memperdaya individu itu supaya membawa bagasi atau barangan ke luar negara sebagai ''keldai'' mereka.
Pensyarah Kanan dan Ketua Program Kriminologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Azahah Abu Hassan Shaari, berkata proses itu dilakukan secara berperingkat sehingga mangsa tidak menyedari mereka sedang ''dipersiapkan'' menjadi keldai dadah.
"Sindiket dadah tidak semestinya merekrut seseorang dengan mengatakan, ''saya mahu kamu membawa dadah''.
"Sebaliknya, proses itu boleh bermula dengan persahabatan, percintaan, peluang pekerjaan, bantuan kewangan atau tawaran melancong," katanya kepada Berita Harian (BH), semalam.
Menurutnya, sindiket boleh menggunakan rakan, kenalan, pasangan, ahli keluarga atau individu dalam rangkaian sosial mangsa sebagai orang tengah.
Ikuti kupasan lanjut oleh Dr Azahah mengenai keldai dadah menerusi keratan akhbar terbitan BH seperti di lampiran