Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUNGA GANJA HAMPIR RM6 JUTA DALAM MPV TERBABIT NAHAS


Kuala Lumpur, 26 September 2026 - Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejurus kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit kemalangan membongkar rahsia kewujudan 72 kilogram (kg) Bunga Ganja bernilai hampir RM6 juta di dalam kenderaan berkenaan.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 48.8, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Kota Setar, Kedah, pada jam 6.00 petang kelmarin.

Lelaki terbabit meninggalkan Toyota Wish yang dipandunya selepas kenderaan itu terbalik akibat melanggar belakang pacuan empat roda Toyota Hilux.

Pemeriksaan polis kemudiannya menemui empat beg bagasi di dalam Toyota Wish berkenaan.

Sumber berkata, setiap bagasi itu mengandungi 30 bungkusan plastik disyaki dadah jenis Bunga Ganja.

"Ini menjadikan keseluruhan rampasan adalah 120 bungkusan ganja dengan anggaran berat sekitar 72kg. Nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan hampir RM6 juta," katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan mengesahkan kes berkenaan.

"Kami sedang menyiasat pelbagai sudut termasuk rangkaian sindiket dadah suspek individu terbabit di negara jiran.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS