Menu

LTdL 2026: “FLAG OFF” PERINGKAT PERTAMA SHAH ALAM-KAMPAR BUKA TIRAI EDISI KE-30


Shah Alam, 27 September 2026 – Perlumbaan berprestij dunia Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 hari ini membuka tirai edisi ke-30 menerusi Peringkat Pertama yang melibatkan laluan sejauh 193 kilometer dari Bukit Jelutong ke Kampar, Perak.

Majlis Pelepasan (Flag Off) telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail bersama EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah serta Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perlumbaan, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Rozi Jidin mengetuai barisan petugas dalam mengawal keselamatan para pelumba dan orang awam sepanjang perlumbaan berlangsung.

Edisi ke-30 LTdL 2026 menghimpunkan 20 pasukan daripada kategori WorldTeam, ProTeam, Continental Team dan pasukan kebangsaan dengan keseluruhan 119 pelumba yang bakal bersaing dalam lapan peringkat perlumbaan.

Dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang perlumbaan, JSPT melaksanakan kawalan lalu lintas serta pengurusan pergerakan pengguna jalan raya di sepanjang laluan yang terlibat.

Penugasan JSPT turut memberi tumpuan kepada keselamatan para pelumba, petugas perlumbaan dan orang awam, di samping memastikan aliran trafik kekal terkawal sepanjang acara berlangsung.

Pembukaan LTdL 2026 menerusi laluan Shah Alam-Kampar ini menjadi permulaan kepada saingan tujuh lagi peringkat yang bakal menyaksikan para pelumba berentap dalam laluan dan cabaran berbeza sepanjang edisi ke-30 perlumbaan berkenaan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of motorcycle, road and text

May be an image of dais and text

May be an image of bicycle, road and text

May be an image of motorcycle, scooter, road and text

May be an image of one or more people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS