Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WUJUD LEBIH BANYAK KAWASAN SELAMAT - KPN


Butterworth, 28 September 2026 - Polis akan memperluas pelaksanaan projek ''Whitening the Blackspot'' ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara dalam usaha mewujudkan lebih banyak kawasan selamat kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, ketika ini, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan projek tersebut dengan tujuh lokasi di lima daerah di negeri itu telah dipilih sebagai kawasan perintis.

"Kita buat projek ini di peringkat kontinjen dan yang pertama adalah di Pulau Pinang. Kita turun ke setiap daerah, kita buat sesi libat urus, perjumpaan dan sebagainya.

"Kita juga dengar permasalahan (masyarakat) dan cuba mengatasi permasalahan-permasalahan tersebut dengan kerjasama semua agensi yang terlibat termasuk masyarakat itu sendiri, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta kepimpinan-kepimpinan setempat.

"Saya percaya dengan cara ini, ia dapat memberikan sinergi yang baharu bagi memastikan keselamatan itu dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, Pulau Pinang boleh menjadi contoh dan kita akan cuba laksanakan projek ini di negerinegeri yang lain pula secara berperingkat selepas ini, insya-Allah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Projek ''Whitening the Blackspot'' oleh Kontinjen Polis Pulau Pinang Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA@Butterworth Arena di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS