Menu

TIMBALAN KPN HADIR BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ALLAHYARHAMAH TUN DR. SITI HASMAH

Putrajaya, 28 September 2026–Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali dalam Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah seluruh warga Pasukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta keluarga atas pemergian Allahyarhamah.

Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan sebelum dibawa ke Pusara Negara untuk istiadat pengebumian.

Allahyarhamah dikenang atas jasa dan sumbangan kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan awam termasuk penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Seluruh warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti Allahyarhamah serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS