Menu

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: SI CILIK DEKATI DUNIA KEPOLISAN

 
Suasana di Balai Polis Skudai, Balai Polis Trafik dan Dataran Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara bertambah ceria apabila menerima kunjungan lapan orang guru bersama 30 murid Tadika Oasis Millennium berusia dua hingga enam tahun sempena program lawatan sambil belajar.

Lawatan tersebut bertujuan memberikan pendedahan awal kepada murid-murid mengenai peranan dan tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepanjang program, mereka dibawa melawat pejabat pertanyaan, diberikan penerangan mengenai tugas trafik dan tugasan am di balai serta diperkenalkan dengan penggunaan set radio mudah alih.

Murid-murid turut berpeluang melihat pameran aset kenderaan serta merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan PDRM.

Program turut diisi dengan tayangan video berkaitan anti buli dan gangguan seksual sebagai pendedahan mengenai aspek keselamatan dan perlindungan diri.

Sumber: IPD Johor Bahru Utara

May be an image of one or more people, hospital and text

May be an image of one or more people, hospital and text

May be an image of one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS