Menu

DKPP 2026: KEPERWIRAAN DIJULANG, JASA WARGA SANG SAKA BIRU TERUS DISANJUNG

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2026 – Keperwiraan dan jasa warga Sang Saka Biru terus dihargai menerusi Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2026 kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kepahlawanan kepada 159 warga PDRM sebagai penghargaan atas kepimpinan, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Istiadat Pengurniaan yang bermula jam 9.00 pagi itu turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman serta Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta barisan kepimpinan tertinggi PDRM.

Antara penerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Aida Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Datuk Redzuan Abd Hamid, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Noor Hisam Nordin serta Pengarah Pengurusan, CP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah bersama lima pegawai kanan PDRM yang lain.

Dalam istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) kepada 31 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) kepada 44 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (K.P.P.) kepada 15 penerima dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (B.P.P.) kepada 58 penerima.

Pengurniaan DKPP Tahun 2026 menjadi lambang penghargaan terhadap jasa bakti, keberanian dan pengorbanan warga PDRM dalam melaksanakan amanah demi menjamin keselamatan, keamanan serta kedaulatan negara.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of dais and wedding

May be an image of text

May be an image of wedding, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of flower, wedding, dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais, wedding and text

May be an image of one or more people, dais, wedding and text

May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of oboe, clarinet, trumpet and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of clarinet and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of dais, wedding and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of wedding, dais and text

May be an image of dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS