Kuala Lumpur, 9 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi
Masjid Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Samad Yahya di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan dan operasi Masjid Bukit Aman, selain membentangkan laporan kewangan masjid berkenaan.
Turut hadir ialah ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Ahmad Norhairy Ahmad Dahari, Bendahari Masjid Bukit Aman, Superintenden Md Hanafi Nordin, Penolong Setiausaha Masjid Bukit Aman, Inspektor Axrul Syah Ahmad serta Naqib Masjid Bukit Aman, Ustaz Mohd Aqil Mohd Ghazali.