Sindiket “love scam” menyamar sebagai pasangan romantik melalui media sosial atau aplikasi mesej untuk mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum memperdaya mereka bagi mendapatkan wang.
Jangan mudah percaya kepada kenalan dalam talian atau memindahkan wang kepada individu yang belum pernah ditemui. Semak nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule PDRM sebelum membuat transaksi.
Jika menjadi mangsa penipuan, segera hubungi NSRC di talian 997.