Menu

PROGRAM PDRM BERSELAWAT PERERAT UKHUWAH WARGA PASUKAN DENGAN MASYARAKAT

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 - Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berselawat Peringkat Bukit Aman Tahun 2026/1448 Hijrah berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di Masjid Bukit Aman, hari ini, sekali gus mempererat ukhuwah warga Pasukan dengan masyarakat.

Program anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Bukit Aman bersama Pentadbir Masjid Bukit Aman itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid.

Program yang diserikan dengan kehadiran barisan pucuk pimpinan tertinggi PDRM itu, dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebagai tanda cinta ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Kumpulan Nasyid Ar-Rayyan.

Seusai itu, program diteruskan dengan tausiyah khas bertajuk "Jejak Rasulullah SAW: Membina Insan Memperkasa Pasukan" yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Hj. Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of ambulance and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and hospital

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS