Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TAB

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tribunal Antibuli (TAB) yang diketuai oleh Presiden TAB, Puan Nurul Husna Awang di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan peranan, fungsi dan bidang kuasa TAB, selain memperkukuh jalinan kerjasama antara PDRM serta TAB menerusi perkongsian maklumat selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada penglibatan lebih ramai pegawai PDRM sebagai ahli panel TAB, sekali gus memperluas jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha menangani isu berkaitan buli.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of one or more people, the Oval Office, dais and text
May be an image of text
May be an image of dais and text
May be an image of dais and text
May be an image of one or more people, dais and text
May be an image of dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS