Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGALAMAN BEKALAN CIPTA SEJARAH

Jiwa lasak yang dipupuk sejak kecil menjadi bekal Superintendan Nurhidayah Damanhoori untuk membuktikan kemampuan wanita memimpin Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menuntut ketahanan fizikal, kemahiran dan disiplin tinggi.

Beliau mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM sejak penubuhannya pada 1984, sekali gus membuktikan keupayaan wanita menggalas tanggungjawab dalam pasukan berkenaan.

Bagi Penolong Pengarah Pembangunan/Teknikal/Kewangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu, kejayaan berkenaan bukan hadir secara mudah, sebaliknya dibentuk melalui pengalaman hidup, keberanian mencuba dan kesediaan menimba ilmu.

Ikuti kisah inspirasi beliau yang turut berkongsi pengalaman mengendalikan kuda, cabaran memimpin anggota serta pengorbanan dalam mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pasukan.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS