Menu

KPN HADIR PERSIDANGAN NASIONAL RKB 2026

Shah Alam, 28 Oktober 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor, Shah Alam, di sini, hari ini.

Persidangan selama dua hari sehingga esok itu bertujuan memperkukuh agenda reformasi pentadbiran kerajaan melalui usaha mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan dan Memperhebat Reformasi”, persidangan tersebut mengetengahkan lebih 150 projek reformasi berimpak tinggi serta penggunaan teknologi digital dan inovasi bagi memperkukuh produktiviti sektor awam.

Polis Diraja Malaysia komited mendukung reformasi perkhidmatan awam demi memperkasa kecekapan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS