Menu

TIMBALAN KPN ADAKAN LAWATAN KE TAPAK BALAI POLIS RTS BUKIT CHAGAR

Johor Bahru, 28 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Balai Polis Rapid Transit System (RTS) Bukit Chagar, di sini.

Kehadiran beliau adalah meninjau kemajuan projek serta memastikan kesiapsiagaan fasiliti kepolisan menjelang pengoperasian RTS Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Tinjauan tersebut memberi tumpuan kepada aspek keperluan operasi, penempatan anggota dan kemudahan kepolisan bagi memastikan perkhidmatan keselamatan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan, seiring dengan keperluan sistem pengangkutan rentas sempadan berkenaan.

Lawatan ini turut mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan dan ketenteraman awam, sekali gus memastikan pengguna RTS Link dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan yang selamat, lancar dan teratur.

Terdahulu, ketibaan Timbalan KPN disambut oleh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad sebelum beliau menerima taklimat daripada Pengarah Projek RTS Link, Ir. Zulkifli Mohamed mengenai perkembangan pembinaan serta perancangan pengoperasian balai polis tersebut.

Jurugambar: Cawangan Pusat Media, Jabatan Pengurusan IPK Johor

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS