Menu

HARI POLIS KE-219: PDRM DEPANI ANCAMAN DIGITAL

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2026 – Sempena sambutan Hari Polis Ke-219, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks susulan perkembangan pesat teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Perkembangan teknologi telah mengubah landskap keselamatan negara apabila ancaman jenayah bukan sahaja berlaku dalam ruang fizikal, malah turut merebak ke alam digital melalui pelbagai platform komunikasi.

Perkara tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid ketika merasmikan Forum Bahasa dan Kepolisan Dalam Era Digital di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Forum tersebut menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Dr. Shifa Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia, Mediha Mahmood sebagai panel, manakala Inspektor Narolhisham Endi dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bertindak sebagai moderator.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kemajuan teknologi dan AI turut membuka ruang kepada bentuk jenayah baharu, termasuk manipulasi suara, imej dan kandungan digital yang semakin sukar dibezakan daripada bahan tulen.

Sehubungan itu, warga PDRM perlu terus meningkatkan pengetahuan dan keupayaan dalam mengenal pasti unsur penipuan serta manipulasi digital melalui penelitian terhadap penggunaan bahasa, gaya penyampaian dan kandungan yang mencurigakan bagi melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah siber.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia serta semua rakan strategik atas kerjasama dalam menjayakan forum tersebut yang membincangkan peranan bahasa dan komunikasi dalam mendepani cabaran kepolisan era digital.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

No photo description available.

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of lighting

May be an image of dais

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS