Majlis dimulakan dengan Perhimpunan Bulanan KDN sebelum diteruskan dengan Sambutan Hari Inovasi KDN yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail.
Bertemakan “AI For KDN, KDN For AI: Reformasi Digital Keselamatan Demi Kesejahteraan Rakyat”, sambutan tahun ini mencerminkan komitmen KDN dalam memperkasa transformasi digital serta penerapan teknologi kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada rakyat.
Pasukan
69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraih Naib Anugerah Pertandingan Inovasi menerusi pembangunan sistem dron taktikal bagi meningkatkan kecekapan operasi berisiko tinggi dan mengurangkan keperluan anggota serta kos operasi.
Dalam majlis sama, Kumpulan VORTECH dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur International Airport menerima sijil penghargaan atas penyertaan dalam inisiatif Dashboard H.E.M.A.T, mencerminkan penglibatan aktif warga PDRM dalam menyokong agenda inovasi dan transformasi digital KDN.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil pengiktirafan 10,000 jam penerbangan pesawat Bombardier serta sijil penghargaan atas kejayaan operasi menyelamat dalam insiden kemalangan di Sungai Linggi, Melaka.
Ketua Pegawai Eksekutif
SIRIM, Ts. Md. Adha Katni @ Rahmat turut menyampaikan sijil Information Security Management System kepada KDN sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan maklumat organisasi.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KDN dalam membudayakan inovasi, memperkukuh transformasi digital dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.