Menu

TIMBALAN KPN IRINGI MDN KE MAJLIS PENUTUP LATIH AMAL RENTAS SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA RTS LINK 2026

 
Johor Bahru, 28 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Rapid Transit System (RTS) Link 2026 yang berlangsung di Depot RTS Wadi Hana, di sini, petang tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama-sama Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Singapura sebagai simbol kerjasama strategik kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan insiden di kawasan sempadan.

Latih amal berkenaan bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan penyelarasan serta keberkesanan tindak balas agensi keselamatan dan penguatkuasaan Malaysia serta Singapura dalam menghadapi pelbagai senario kecemasan berkaitan pengoperasian RTS Link.

Majlis dimulakan dengan tayangan video Latih Amal Lapangan Rentas Sempadan RTS Link 2026, diikuti ucapan perasmian penutup oleh kedua-dua menteri sebelum diteruskan dengan gimik pelancaran dan sesi bergambar.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad serta pegawai kanan dan wakil agensi keselamatan kedua-dua negara.

Jurugambar: Cawangan Pusat Media, Jabatan Pengurusan IPK Johor

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS