Menu

TIMBALAN KPN SERTAI TAKLIMAT KHAS TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH KOP MANTAP BERHAD

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), IG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid merangkap Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia menyertai Sesi Taklimat Khas Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah KOP Mantap Berhad yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, di sini.

Sesi dimulakan dengan ucapan Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Allaudeen Abdul Majid sebelum diteruskan dengan taklimat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato’ Azmi Ariffin berhubung tugas dan tanggungjawab lembaga pengarah dalam melaksanakan peranan serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Taklimat yang diadakan menjadi wadah perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam memperkukuh kefahaman mengenai peranan lembaga pengarah, khususnya dalam memastikan tadbir urus dan tanggungjawab organisasi dilaksanakan secara berkesan serta berintegriti.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of one or more people, suit, dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of table, dais and text

May be an image of dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS