Menu

KPN SANJUNG JASA DAN PENGORBANAN PERWIRA NEGARA.

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose menghadiri Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Kingston, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Presiden PBPM, Dato Bentara Setia (Dr.) Hj. Mokhtar Omar. Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bekas warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pernah berbakti dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara pesara dengan kepimpinan pasukan.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid mengiktiraf legasi perjuangan para pesara yang menjadi sebahagian daripada asas kecemerlangan PDRM hari ini, selain menghargai peranan PBPM sebagai rakan strategik pasukan dalam memperjuangkan kebajikan bekas anggota polis.

Beliau turut menyeru para pesara agar terus berkongsi pengalaman, ilmu dan kebijaksanaan dalam membimbing generasi muda pasukan, sekali gus memastikan semangat perjuangan serta nilai integriti dan disiplin terus diwarisi demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS