Johor Bahru, 31 Oktober 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose mengadakan kunjungan kebajikan ke kediaman DCP Datuk Shahurinain Jais di Bandar Dato’ Onn, di sini, semalam.
Kunjungan tersebut merupakan tanda keprihatinan kepimpinan Polis Diraja Malaysia dan PERKEP Malaysia terhadap kebajikan Datuk Shahurinain serta keluarga.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad bersama Pengerusi PERKEP
Johor, Datin Salwah Mahdan
Sumber: Pusat Media IPK
Johor