Menu

TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI INOVASI DAN INTEGRITI HASiL 2026

Cyberjaya, 3 November 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 yang berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang mewakili Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bertemakan “Inovasi dan Integriti, Teras Perkhidmatan Percukaian yang Lebih Telus dan Berkesan”, sambutan ini mencerminkan komitmen HASiL dalam memupuk budaya inovasi, memperkukuh integriti serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan percukaian kepada rakyat dan negara.

Majlis turut menyaksikan gimik pelancaran digital interaktif serta penyampaian Anugerah Inovasi CEO 2026 dan Anugerah Integriti bagi mengiktiraf idea kreatif, produk inovasi percukaian pintar serta komitmen warga HASiL terhadap integriti. Turut berlangsung ialah penyampaian Sijil Penyertaan Tax Corporate Governance yang disampaikan oleh PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Penganjuran sambutan ini menjadi platform untuk menghargai sumbangan dan kecemerlangan warga HASiL, selain memperkukuh budaya inovasi dan integriti sebagai asas kepada tadbir urus organisasi yang berkesan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of newsroom and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS