Kuala Lumpur, 4 November 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Majlis Perasmian Bazar Mega Deepavali 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim di Brickfields Little India, di sini.
Majlis tersebut turut menjadi platform untuk menyantuni masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sempena sambutan Deepavali.
Program berkenaan turut menyaksikan penyerahan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.
Kehadiran KPN mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, sekali gus membolehkan masyarakat meraikan Deepavali dalam suasana aman, selamat dan harmoni.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.