Menu

NSRC: TINDAKAN PANTAS, LEBIH BANYAK WANG MANGSA BERJAYA DISELAMATKAN

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) terus memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah penipuan kewangan dalam talian. Sepanjang tahun 2022 hingga Oktober 2026, sebanyak 523,997 panggilan telah diterima, dengan RM14.66 juta berjaya dipulangkan kepada mangsa. Pencapaian ini membuktikan kepentingan tindakan pantas dalam usaha menyekat transaksi mencurigakan dan membantu mangsa penipuan.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian dinasihatkan supaya segera menghubungi NSRC di talian 997 yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Ingat, semakin cepat anda bertindak, semakin besar peluang untuk menyelamatkan wang anda!

Jangan lupa layari media sosial rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS