Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Perasmian Bazar Mega Deepavali 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim di Brickfields Little India, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, malah turut menyaksikan penyerahan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan. Kehadiran KPN turut mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara demi sambutan Deepavali yang aman, selamat dan harmoni.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak
