Menu

INTEGRITI TERAS UTAMA MEMELIHARA KREDIBILITI DAN KEWIBAWAAN PDRM

Kuala Lumpur, 11 November 2026 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru supaya menjadikan integriti sebagai teras utama dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepolisan bagi memelihara kredibiliti, profesionalisme serta kewibawaan Pasukan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, pembudayaan integriti perlu terus diperkukuh melalui pendidikan dan latihan yang lebih intensif bagi melahirkan warga Pasukan yang memahami batas kuasa, memelihara amanah serta bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan keputusan yang diambil.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat PDRM Tahun 2026 anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM, di sini, petang tadi.

Sambutan yang diadakan selaras dengan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026 bertemakan “Integriti Kita, Nilai Kita” itu menekankan kepentingan membudayakan nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab yang bermula daripada diri sendiri sebagai asas memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap PDRM.

Mengulas usaha pembanterasan rasuah, KPN berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seramai 437 warga PDRM menerima pengiktirafan sepanjang tempoh 2012 hingga 2025, sekali gus meletakkan PDRM antara agensi kerajaan yang mencatatkan jumlah penerima pengiktirafan tertinggi dalam tempoh berkenaan.

Sebagai menghargai keberanian dan ketegasan warga Pasukan dalam menolak serta melaporkan rasuah, seramai 35 pegawai dan anggota PDRM menerima pengiktirafan pada tahun ini, merangkumi enam penerima Surat Penghargaan KPN, 13 penerima Sijil Penghargaan dan Ganjaran Kewangan SPRM serta 16 penerima Sijil Penghargaan SPRM.

Pengiktirafan tersebut bukan sahaja menjadi suntikan semangat kepada para penerima, malah diharap dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk terus mempertahankan prinsip integriti dan amanah dalam setiap tindakan serta keputusan, sekali gus memelihara kredibiliti dan kewibawaan Pasukan.

Terdahulu, KPN dan para hadirin turut mengikuti sesi perkongsian ilmiah bertajuk “Integriti Dalam Organisasi Bukan Pilihan Tetapi Kewajipan” yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Hafiz Klang, Dr. Hj. Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah sebagai manifestasi komitmen warga PDRM dalam menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Penganjuran majlis ini menjadi wadah untuk memperkukuh kesedaran dan penghayatan nilai integriti dalam kalangan warga Pasukan, sekali gus mendukung usaha berterusan PDRM meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of dais and text

May be an image of clarinet, violin and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of crowd, dais and text

May be an image of television and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS