Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINGKAP KISAH PERJUANGAN, MUZIUM PDRM BUKA RUANG PEMBELAJARAN SEJARAH

Di sebalik setiap artifak yang tersimpan di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersingkap kisah perjuangan, keberanian dan pengorbanan generasi terdahulu dalam mempertahankan keamanan negara yang kini dimanfaatkan sebagai bahan pembelajaran sejarah kepada generasi muda.

Menerusi Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium, Muzium PDRM membuka ruang pembelajaran secara lebih interaktif dengan menggabungkan pendidikan formal dan tidak formal melalui pendekatan pembelajaran amali menggunakan artifak sejarah, sekali gus memberi peluang kepada pelajar memahami sendiri sejarah kepolisan negara, termasuk perjuangan menentang ancaman komunis.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk minat terhadap sejarah dan menghargai pengorbanan anggota polis, malah membantu generasi muda menghayati nilai patriotisme, disiplin, integriti dan keberanian melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna serta dekat dengan realiti sejarah negara.

Ikuti kupasan lanjut oleh wartawan Harian Metro, Encik Suharmin Yusuf mengenai peranan Muzium PDRM sebagai platform pendidikan sejarah dan usaha menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro.

May be an image of text

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS