Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan pucuk pimpinan tertinggi serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang menerima penghargaan tolak rasuah menerusi kategori Sijil Penghargaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap ketegasan dan kejujuran warga Pasukan dalam menolak sebarang bentuk rasuah serta membuktikan komitmen dalam mempertahankan integriti ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk terus menjunjung tinggi nilai integriti, mengamalkan budaya kerja beretika serta memelihara imej Pasukan.