Menu

KELUARGA TUNJANG KEKUATAN DAN KECEMERLANGAN WARGA PDRM – KPN

Subang, 14 November 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, hari ini menyempurnakan perasmian Program Hari Keluarga Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersempena dengan Jelajah Wira Madani yang berlangsung di Pangkalan Semenanjung, PGU, Selangor, di sini.

Hadir sama ialah isteri beliau merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri serta Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Norashikin Aziz.

Program ini menghimpunkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama ahli keluarga dalam usaha mempererat hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menghargai peranan keluarga sebagai sumber sokongan dan kekuatan warga Pasukan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa kekuatan PGU bukan sahaja bergantung pada keupayaan juruterbang mengendalikan pesawat, malah turut didukung oleh kepakaran jurutera, juruteknik, pegawai operasi, kru penerbangan, pegawai pentadbiran serta seluruh warga yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi pasukan.

Beliau turut menekankan bahawa di sebalik setiap pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas oleh warga PDRM, sokongan dan doa ahli keluarga merupakan sumber kekuatan emosi serta motivasi yang menjadi antara asas kepada komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Beliau berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan kekeluargaan, menyemarakkan semangat kebersamaan dan membentuk organisasi yang lebih erat, harmoni serta berwibawa.

Sebelum mengakhiri majlis, KPN turut melawat reruai pameran dan jualan serta beramah mesra dengan warga PGU dan ahli keluarga yang hadir.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of clarinet

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and clarinet

May be an image of text

May be an image of clarinet

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of segway, saxophone, skateboard and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of dancing and text

May be an image of dancing and clarinet

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, people dancing and text

May be an image of segway and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

No photo description available.

May be an image of one or more people

May be an image of skeet shooting and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of helicopter and text

May be an image of trampoline and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS