KERATAN AKHBAR BERKAITAN IPCC

POSTING PILIHAN: PENGARAH JABATAN KDNKA HADIR MAJLIS PENYERAHAN SURAT CARA ANGGOTA IPCC

Putrajaya, 10 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali hadir ke Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan Anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Bilik Sidang Media, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.

IPCC berfungsi dan berkuasa sebagai badan pemantau bebas terhadap Pasukan Polis dari aspek siasatan aduan salah laku. Ia juga mempunyai fungsi dan peranan tersendiri seperti menerima aduan salah laku anggota Pasukan Polis, menyiasat aduan salah laku anggota Pasukan Polis yang diterima, mengesyorkan tindakan tatatertib anggota Pasukan Polis yang terlibat dengan salahlaku dan memulakan siasatan sendiri tanpa rujukan daripada mana-mana pihak demi kepentingan awam.

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri Mat Zain dan Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of 9 people, dais and text that says 'Majli SURAT NJAYA Penyeral ANTIKAN TATAKELAKL OLIS'

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text

May be an image of 3 people, newsroom, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 9 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS