Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#COVID-19 POSTING PILIHAN: KP NEGERI SEMBILAN SANTUNI ANGGOTA ATM CEDERA DALAM OP COVID-19

Seremban, 31 Mac 2020 - Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop meluangkan masa melawat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Koperal Mohd Faizal Abd Rahman yang cedera semasa terlibat dalam Op COVID-19.

Turut sama hadir ialah timbalannya, SAC Zakaria Che Othman dan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim.

Anggota ATM tersebut yang bertugas di 15 RAMD Senawang mengalami kecederaan tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas bersama Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.

Anggota berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan kesihatannya dilaporkan baik dan stabil.

Sumber: Polis Negeri Sembilan

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

17

16
18

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS